Titik Permulaan

Blog ini diusahakan setelah majlis reunion dinner di Melaka.

Setelah 23 tahun kawan-kawan seperjuangan mencari haluan masing-masing setelah meninggalkan bangku sekolah, tiba-tiba tergerak hati beberapa orang untuk menganjurkan satu pertemuan kembali teman-teman yang membesar bersama.

Mengenang kembali, usaha yang mulia ini harus diteruskan kerana persahabatan yang terjalin semenjak di bangku sekolah lagi adalah amat berbeza dengan persahabatan yang kita jalini di alam perkerjaan. Kejujuran, kemurnian persahabatan masih dapat dirasai.

Mantan Pengetua SDDS, yang turut hadir, Cikgu Abd Rashid b Yaacob turut menggalakkan semua untuk terus mengekalkan, malahan mengeratkan lagi tali silaturrahim yang telah renggang setelah sekian lama "terbiar".

Juga, perjumpaan kembali adalah amat mencuit perasaan sebahagian besar dari teman-teman sebangku sekolah, di mana, kebanyakkan dari mereka-mereka adalah dari keluarga yang serba kekurangan dan berdasarkan atas usaha gigih masing-masing, terdapatlah kejayaan yang terserlah serta amat membanggakan. Kejayaan yang ditempah amat baik dicontohi oleh generasi yang kemudiannya.

Selain dari mengeratkan lagi tali persahabatan, perjumpaan semula turut dapat memarakkan lagi semangat untuk lebih berusaha dan gigih menempuh segala cabaran. Telah jauh perjalanan yang ditempuhi, banyak ranjau disepanjang perjalanan yang dilalui, berkat doa masing-masing, kita akan sampai ke destinasi yang ditujui dengan selamatnya, dengan jayanya.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Titik Permulaan"

Post a Comment

Copyright 2009 SDDS
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates