Setinggi-tinggi Penghargaan

Hari tu, ada lah terbaca di dalam Facebook, luahan hati si Joy (Zulkefli Ibrahim), seperti petikan di bawah ini (in verbatim) :-

Zulkefli Ibrahim :- Dah tau mcm tu... lain kali tolong samo2 cari la....dari sebolom puaso aku dah start cari geng2 lamo, masuk kg, masuk hutan, panjat bukit, merodah sungai nak cari no kontek kau org semuo. kau org patut bolikan hadiah utk aku...
about an hour ago · Delete


Nasib baik lah ada kawan seperti si Joy ni, sanggup meredah hutan, menyeberangi lautan berapi, semata-mata mahu memastikan kawan-kawan lama dapat berjumpa kembali. Walaupun tak diberitahu masa itu, saya pasti semua rakan-rakan juga amat terharu dan menghargai pengorbanan yang telah dibuat oleh saudara Zulkefli.

Juga, perlulah dibanggakan kerana hasil dari usaha ini, sekarang ini, rakan-rakan ada saling menghubungi semula. Jadi, tidak sia-sialah titik peluh, panas terik yang diharungi jika rakan-rakan yang berjumpa semula tidak mengabaikan peluang untuk meneruskan persahabatan.

Jadi, sesiapa rakan yang ada membaca blog ini, tolong yea, hantarlah satu sms untuk mengucapkan terima kasih kepada Zulkefli.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Setinggi-tinggi Penghargaan"

Post a Comment

Copyright 2009 SDDS
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates